Archive for the ‘Info Tentang Kehamilan’ Category

Minum Air Gula

Posted: Mac 1, 2011 in Info Tentang Kehamilan

Esok..aku akan merasai minum air gula…uuwwaargghh!!!!

ini semua gara2 berat badanku naik 3kg dlm masa sebulan..huh!!!tension…

masak arr esok..dah la batok aku ni tak baik lagi…kompom perit tekak esok..apepun,utk keselamatan baby…akan ku turutkan jugak…harap2 takde la kesan2 yg tak baik tu nanti…sekadar nk chek je…uuhuhuh

 

Sapa yang kena minum air gula ni?

Semua wanita hamil mempunyai potensi menghidapi diabetes dan kebanyakan wanita yang menghidap penyakit tersebut tidak mempunyai faktor risiko. Bagaimanapun sesetengah wanita berisiko tinggi untuk mendapatkannya. Faktor risiko adalah :
1. Umur: Wanita hamil yang berumur lebih dari 35 tahun cenderung untuk mendapat gejala tersebut.
2. Sejarah diri dan keluarga: Anda berisiko tinggi jika ada sejarah dari kalangan ahli keluarga yang menghidap diabetes peringkat awal atau anda menghidap diabetes semasa kehamilan dahulu.
3. Berat badan: Berat badan seseorang wanita sebelum hamil melebihi 80 kg
4. Sejarah mempunyai bayi yang besar: Si ibu yang pernah bersalin dengan berat badan bayi melebihi 3.5 kg adalah berisiko tinggi.
5. Kehamilan kembar: Wanita yang telah mendapat kehamilan kembar atau ‘hydramnions’ adalah mempunyai risiko tinggi.
Bagaimana proses minum air gula
1. Kena berpuasa dari pukul 10 malam pada malam sebelum ke klinik
2. Pukul 7.30pagi kena dah ada kat klinik untuk ambil nombor giliran.
3. Apabila nombor giliran dipanggil, maka darah kita akan diambil sebanyak 5ml
4. Selepas tu, nurse akan bagi kita segelas air gula (mengandungi gula sebanyak 75 gram)
5. Selepas habis minum gula kena tunjuk kat nurse cawan kosong tu.
6. Nurse akan bagi tempoh 2 jam untuk tunggu, tapi x bagi balik. Kena tunggu di klinik sebab kalo balik bacaannya akan lari (kata nurse la)
7. Paras gula yang normal
Puasa <> Selepas minum air gula (selepas 2 jam) <>

8. Jika paras gula dalam darah anda melebihi 140 mg/dl, maka anda telah di diagnosis sebagai ‘gestational diabetes’
Kesan Terhadap Bayi
1. Kematian kandungan dalam rahim : Berisiko tinggi berlaku kematian bayi dalam kandungan walaupun selepas 2 bulan hamil.
2. Pembesaran bayi yang berlebihan: Gula dalam darah yang berlebihan menyebabkan bayi menjadi besar (macrosomia) membawa kepada masalah kesukaran untuk bersalin. Bayi yang mempunyai saiz yang melebihi 4 kg akan mendapat risiko kecacatan bahu.
3. Tekanan darah rendah (hypoglycemia) dikalangan bayi baru lahir: Paras gula dalam darah yang tinggi membuatkan bayi menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengurangkan paras gula dalam darah semasa dalam rahim. Insulin yang berlebihan menyebabkan hypoglycemia berlaku kepada bayi setelah dilahirkan dan bayi memerlukan penyusuan yang kerap. Dalam kes-kes tertentu, penyelesaian melalui intravenous (IV) gula diperlukan atau jika tidak bayi akan mengalami kecacatan otak.
4. Simtom lemah pernafasan: Bayi yang mempunyai ibu yang mengalami diabetes semasa hamil boleh berisiko tinggi untuk mendapatkan kesukaran bernafas dan memerlukan sokongan ventilator.
5. Bayi pra-matang mudah mendapat demam kuning.(jaundice)
6. Berisiko tinggi untuk menghidap diabetes jenis ke-dua dan kegemukkan(obesity) kemudian hari.
Kesan Terhadap Wanita Mengandung
1. Wanita yang sedang hamil berisiko tinggi untuk menghidap ‘pre-eclampsia’ (mempunyai tekanan darah tinggi dan berlebihan protein dalam air kencing) selepas empat bulan hamil.
2. Seseorang wanita berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan seperti vaginal moniliasis (jangkitan faraj), jangkitan pada luka yang menyebabkan lambat untuk pulih.
3. 50% dari wanita hamil boleh menghidap diabetes jenis ke-dua kemudian hari.
Advertisements

KAEDAH MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI DALAM ISLAM.
Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan. Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahiran anak mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.

1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin. Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa’ dan surah Al-Hasyr.

Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14, Maksudnya: “Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri. Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi’ r.a. Rasulullah bersabda: Maksudnya: “Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a. Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.
Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.
Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran: Maksudnya : “Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu – dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.

Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.

5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh. Memberikan nama yang baik. Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu”. – Riwayat Abu Daud.

Membaca Doa ketika memberikan nama anak. Maksudnya : “Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.

Mengaqiqahkan anak. Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat mu’akad iaitu dengan mengadakan kenduri kesyukuran. Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: “Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”. Riwayat Abu Daud.

Ketika menyembelih aqiqah disuruh juga menyebut nama anak. Maksudnya: “Dengan nama Allah, Ya Allah untukMu dan bagiMu akikah ini dari (sebut nama anak).

Gesaan Aqiqah: Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: “Kerjakanlah aqiqah bagi anak lelaki yang baru lahir, kerana itu hendaklah kamu menyembelih aqiqah dan jauhkanlah gangguan dari anak itu”.

Muttafaqun A’laih
Antara hikmah aqiqah adalah: Membiasakan berkorban bagi orang tua demi kepentingan bayi yang baru lahir di dunia. Melindungi diri dari gangguan syaitan.

Bercukur rambut. Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain. Antara hikmah bercukur rambut adalah: Hikmah kesihatan. Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.

Hikmah kemasyarakatan. Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata: Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak”. – Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud.

Khurafat yang perlu ditinggalkan. Mencukur bahagian-bahagian tertentu daripada kepala sebagaimana yang banyak dilakukan sekarang, kerana ini termasuk dalam perkara yang dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam dan bunga kerana amalan ini diambil dari budaya Hindu.

Rasulullah bersabda: Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai (meniru apa sahaja perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam) dengan sesuatu kaum (yang bukan Islam) maka ia tergolong daripada mereka”.

Mengkhatankan anak. Bapa bertanggungjawab untuk mengkhatankan anak lelakinya. Dalam sebuah hadis disebutkan: Maksudnya: “Berkhatan itu sunat bagi lelaki, mulia bagi wanita”.- Riwayat Abu Daud. Walaupun demikian, amalan masyarakat kita mengkhatankan anak pada umur sebelas tahun atau dua belas tahun tidaklah menyalahi syarak. Adalah menjadi suatu yang baik sekiranya anak-anak sebelum dikhatankan terlebih dahulu diaturkan majlis khatam Al-Quran untuknya.

Antara faedah berkhatan adalah: Melindungi daripada berbagai-bagai penyakit. Membersihkan diri dari kekotoran.

6. Menyusukan Anak. Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 233: Maksudnya: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”. Imam As-Syafie berkata: “Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan”.

Kelebihan menyusukan anak: Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan. Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Salah satu kondisi yang sering dikeluhkan ibu hamil adalah sakit pinggang yang biasanya terjadi saat perut semakin membesar. Tapi kondisi ini bisa dicegah dengan melakukan beberapa hal. Terdapat beberapa hal yang bisa menyebabkan sakit pinggang saat hamil, seperti bertambahnya beban yang harus dibawa yang meningkatkan stres pada sendi, rahim yang tumbuh besar yang bisa menekan saraf.

Selain itu perubahan hormonal juga membuat sendi dan ligamen yang menempel tulang panggul ke tulang belakang menjadi longgar, sehingga timbul rasa sakit serta keidakstabilan bergerak. Para ahli menuturkan ada dua pola umum dari sakit pinggang yaitu nyeri yang terjadi di daerah vertebrata lumbar di bagian punggung bawah dan nyeri di pelvis posterior yang dirasakan di bagian belakang tulang panggul.

Ada beberapa hal yang bisa dilakukan untuk mencegah terjadinya sakit pinggang dan punggung, yaitu:

– Mulailah melakukan program latihan untuk meregangkan dan memperkuat otot-otot di punggung, kaki dan perut. Namun jangan terlalu cepat atau banyak, karena bisa menyebabkan ketegangan sendi.
– Perempuan hamil cenderung duduk dengan bahu turun dan punggung bungkuk sehingga menekan perut, hal ini akan memberikan tekanan lebih pada tulang belakang. Jadi usahakan untuk berdiri atau duduk dengan posisi tegak, sehingga perut tidak tertekan.
– Jika pekerjaan mengharuskan untuk duduk terus, maka gunakan bantal kecil untuk menyangga tulang punggung bawah. Serta usahakan untuk berjalan atau berdiri setidaknya setiap 1 jam.
– Jika ingin mengambil barang, usahakan dari posisi membungkuk untuk mengurangi tekanan pada punggung.
– Berhati-hatilah saat bangun tidur, serta tekuk kaki pada lutut dan pinggul ketika akan berguling ke samping.

Namun jika sakit pinggang tersebut sudah muncul, ibu hamil bisa melakukan hal berikut untuk membantu mengatasinya, yaitu:

– Jangan membiarkan diri terlalu lelah dan cobalah untuk tenang, namun juga jangan terlalu sering berada di tempat tidur dalam waktu lama karena bisa memperburuk kondisi yang ada. Serta hindari kegiatan yang mengharuskan untuk bungkuk.
– Mempelajari teknik relaksasi, sehingga bisa membantu mengatasi rasa ketidaknyamanan serta berguna saat malam hari jika rasa sakit membuat seseorang sulit untuk tidur.
– Mengkompres dengan air hangat, berendam dalam air hangat atau meletakkan botol berisi air hangat bisa membuat ibu hamil sedikit merasa lega.
– Cobalah untuk melakukan pijatan khusus ibu hamil, terutama jika dilengkapi dengan latihan peregangan. Namun sebaiknya pijatan ini dilakukan oleh orang yang memang sudah terlatih memijat ibu hamil.

🙂

 

TENDANGAN MANJA

Posted: Februari 19, 2011 in Info Tentang Kehamilan

18/2/11 = hahahhaaaa….minggu ni mmg la minggu yang HEBAT!!!! nak tau kenapa???

sebab baby makin aktif..dan aktifff…. menendang2 manja…tersentak2 dibuatnya…kebiasaannya pabila malam la..time mama nak tidur..time tu la dia nk ganggu mama yee…hehehee…takpe2..teruja tu…kekadang tkejut gak,,senak…kekadang suka..hihihihi…. lagi2 la kalau time lepas makan…adoiiyaiii…perot dah sempit…mmg padat la kalau time baby bergerak..mmg terasa… yang mama ni tak abis2 suh papa dan danish rasa tendangan hebat adik dlm perot ni..hihihi… tengok tu…time mama taip ni pun…babay tgh aktif menendang ni….hihihi..

 

Menunggu bayi Ibu menendang?

Banyak yang mengira kalau tendangan bayi dalam kandungan akan tampak seperti tonjolan pada perut. Ternyata tidak juga. Terkadang kalau diraba memang terasa seperti ada tonjolan. Tapi karena di usia 16 minggu bayi Ibu masih terlalu kecil dan ruang geraknya masih luas,  gerakannya kadang tidak teraba. Mungkin karena gerakannya tidak selalu membentur dinding perut.

Saking halusnya gerakan, seringkali saya atau Ibu sendiri pasti tidak sadar bahwa bayi bergerak.

Menanti gerakan pertama

Merasakan gerakan bayi pertama kali, rasanya sangat menakjubkan! Bagaimana tidak, itu bukti nyata kalau bayi dalam tubuh Ibu tumbuh sehat. Tapi, tiap kehamilan bisa berbeda. Walau pun umumnya bayi mulai bisa bergerak pada usia 16-20 minggu, mungkin saja bu tidak dapat memastikan kapan Ibu bisa merasakan gerakan bayi dalam kandungan.

Si Kecil Makin Lincah Bergerak

  • Kehamilan 24-28 Minggu: Di minggu ini, ruang gerak bayi masih luas. Ia bisa bergerak sesuka hati. Jangan salah, suara keras dari luar bisa membuat Ia ‘melompat’. Menjelang usia 28 minggu, Ibu sudah bisa tahu mana gerakan kaki, lutut atau badannya. Bahkan Ibu bisa merasakan ia sedang cegukan.
  • Kehamilan 29 minggu : pada usia ini ruang di dalam rahim Ibu menjadi lebih sempit karena ukuran bayi bertambah. Gerakan bayi Ibu juga makin terbatas. Tapi, sekali bergerak akan terasa kuat.
  • Kehamilan 32 minggu: Makin tumbuh besar, bayi Ibu makin aktif walau ruang geraknya makin sempit. Memang, gerakannya yang kuat membuat Ibu sedikit tidak nyaman, apalagi kalau tendangannya mengenai rusuk Ibu.
  • Kehamilan 36-40 minggu: Ibu pasti bertanya kenapa si bayi jarang menendang. Di akhir  masa kehamilan gerakan bayi memang mulai berkurang. Tidak perlu cemas. Yang penting Ibu masih merasakan bayi bergerak. Sepuluh gerakan dalam  waktu 24 jam masih normal.

Berapa Banyak Gerakannya?

Sebenarnya, bayi Ibu  bergerak setiap saat. Namun, hanya beberapa gerakan yang cukup kuat yang bisa Ibu rasakan. Biasanya Ibu bisa merasakan gerakan kira-kira 10 kali dalam 12 jam. Kalau bayi Ibu bergerak berlebihan,  atau gerakannya membuat Ibu kesakitan, Ibu perlu tanyakan ke dokter.  Begitu juga sebaliknya bila gerakannya kurang.

Katanya….dalam masa ni la baby dalam perut akan mula menerima rangsangan kita..dia dah boleh merasa,mendengar..ape yang kita cakap…so, mmg baguslah kalau selalu perdengarkan ayat2 suci2 Al-quran utk baby..lagi baguss..kalau mama yang membacanya…:)

* Surah Yusuf – untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
* Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
* Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
* Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
* Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu dan sebagainya.

Emosi ibu pun mudah terganggu…so,AWASSS yaaaaaa….sebab emosi ibu boleh mengganggu perkembangan baby dalam kandungan…:)

Tentukan Jantina Anak Dengan Kalendar Cina Kuno

Psst…ada kaedah untuk tentukan jantina anak..(18 years and above only ! )

Senario untuk memilih jantina anak adalah satu perkara biasa bagi setiap pasangan yang berkahwin lebih-lebih lagi jika sudah 10 tahun berumahtangga dan memiliki sederet anak perempuan tentunya ingin merasa bagaimana ragam si comel yang berlawanan jantina dan begitulah sebaliknya, …Tetapi tahukah anda benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa kromosom X dan Y sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa kromosom X… 

Tips untuk merancang anak lelaki:

  • Makanan yang berasid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka dan minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesim diperlukan.
  • Persetubuhan pada waktu subur isteri iaitu hari penetasan telur isteri ( klik sini )
  • Menukarkan cecair faraj kepada beralkali dengan melakukan douching atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. Sebanyak 20ml air bikarbonat dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum melakukan persetubuhan.Cecair ini boleh dibeli di farmasi…eisy seriau jer nak buat…
  • Posisi suami isteri  semasa melakukan hubungan kelamin juga membantu pembentukan jantina anak, sekiranya anak lelaki yang diingini pastikan si suami memancutkan air mani hampir dengan pintu rahim iaitu jauh ke dalam…
  • Si isteri juga perlu mencapai kepuasan yang tinggi kerana boleh mengeluarkan cecair beralkali semasa persetubuhan, ini akan meransang pergerakan kromosom Y

Tips untuk merancang anak perempuan:

  • Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam, nanas, cuka , air minuman bergas, dan lain-lain,elakkan dari memakan makanan laut.
  • Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulasi).Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ovulasi …
  • Melakukan douching denagn menggunakan cecair asid dua jam sebelum persetubuhan dilakukan
  • Pastikan suami memancutkan air mani hampir dengan pintu faraj kerana kawasan tersebut lebih berasid, ini akan melemahkan kromosom Y dan membiarkan kromosom X sampai ke pintu rahim…
  • Kedudukan suami di posisi bawah juga membantu anda mendapat anak perempuan…ngeh..ngeh..
  • Isteri tidak perlu mencapai kepuasan yang tinggi

Satu lagi adalah dengan menggunakan kaedah kalendar kuno cina,emm keberhasilannya adalah 93%,jom-jom  kita tengok:

Kesemua cara yang diatas boleh dijadikan sebagai usaha…Usaha + Doa = Tawakkal…janganlah frust atau kecewa bila jantina anak yang diidamkan tak berjaya lagi dimiliki kerana yang menentukan adalah Allah jua…Hanya Dia yang tahu hikmah di sebalik sesuatu..
**KALAU IKUT KALENDAR NI…INSYAALLAH AKU BAKAL DAPAT BABY GIRL!!!!!!!!!!!!! HAHAHAHA

ni namanya kalendar cina yang dah lama di kaji dan diguna pakai oleh orang cina sejak beratus tahun dulu. Sebab tu korang selalu nampak mostly Chinese anak mesti sepasang. Kalendar ni dah ada range umur dari 18-45 tahun. So, yang bawah umur dan tak kahwin lagi. Jangan gatal gatal kira! 

Cara nak kira? Senang je…

Katakanlah,

Umur anda 27 tahun dan anda mahukan anak perempuan.

Menurut kalendar cina, bayi perempuan akan dilahirkan  dalam bulan:

  • January
  • Mac
  • Mei
  • June
  • November

image1 Tentukan Jantina Anak Dengan Kalendar Cina

  1. Pilih jantina bayi. G=girl, B=boy
  2. Tengok umur anda ketika hendak melahirkan
  3. Tengok bulan kelahiran, dan pilih.
  4. Berusaha!

Kalau anda pilih untuk melahirkan pada bulan Mei 2010, jadi proses ‘menanam benih’ kenalah buat 9-10 bulan sebelum bulan Mei 2010. Maksudnya, dalam bulan July 2009 korang kena berusaha sehabis baik untuk ‘tanam benih‘.

Mudah je caranya. Keberkesanan kalendar hampir 99% tepat. Ramai yang kata jangkaan jantina anak tepat mengikut kiraan kalendar cina ni. Tapi tu kalau tak salah kira la.

Ada jugak petua orang melayu, petua islam jugak. Tapi menjurus soal pemakanan and cara kita berjimak/bersetubuh ehem2 gitu. Untuk yang malas nak kisah soal pemakanan and cara berjimak tu boleh la try cara ni. Lebih senang. Tapi kalau jangkaan tak mengena janganlah dibuang baby tu. Anak apa pon semua amanat Tuhan. Jaga dan didik dia sebaik mungkin =)

Selamat mengira dan ‘tanam benih‘ untuk yang dah kahwin sahaja!