Tentukan Jantina Anak Dengan Kalendar Cina Kuno
Psst…ada kaedah untuk tentukan jantina anak..(18 years and above only ! )
Tips untuk merancang anak lelaki:
- Makanan yang berasid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka dan minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesim diperlukan.
- Persetubuhan pada waktu subur isteri iaitu hari penetasan telur isteri ( klik sini )
- Menukarkan cecair faraj kepada beralkali dengan melakukan douching atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. Sebanyak 20ml air bikarbonat dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum melakukan persetubuhan.Cecair ini boleh dibeli di farmasi…eisy seriau jer nak buat…
- Posisi suami isteri semasa melakukan hubungan kelamin juga membantu pembentukan jantina anak, sekiranya anak lelaki yang diingini pastikan si suami memancutkan air mani hampir dengan pintu rahim iaitu jauh ke dalam…
- Si isteri juga perlu mencapai kepuasan yang tinggi kerana boleh mengeluarkan cecair beralkali semasa persetubuhan, ini akan meransang pergerakan kromosom Y
Tips untuk merancang anak perempuan:
- Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam, nanas, cuka , air minuman bergas, dan lain-lain,elakkan dari memakan makanan laut.
- Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulasi).Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ovulasi …
- Melakukan douching denagn menggunakan cecair asid dua jam sebelum persetubuhan dilakukan
- Pastikan suami memancutkan air mani hampir dengan pintu faraj kerana kawasan tersebut lebih berasid, ini akan melemahkan kromosom Y dan membiarkan kromosom X sampai ke pintu rahim…
- Kedudukan suami di posisi bawah juga membantu anda mendapat anak perempuan…ngeh..ngeh..
- Isteri tidak perlu mencapai kepuasan yang tinggi
Satu lagi adalah dengan menggunakan kaedah kalendar kuno cina,emm keberhasilannya adalah 93%,jom-jom kita tengok:
Cara nak kira? Senang je…
Katakanlah,
Umur anda 27 tahun dan anda mahukan anak perempuan.
Menurut kalendar cina, bayi perempuan akan dilahirkan dalam bulan:
- January
- Mac
- Mei
- June
- November
- Pilih jantina bayi. G=girl, B=boy
- Tengok umur anda ketika hendak melahirkan
- Tengok bulan kelahiran, dan pilih.
- Berusaha!
Kalau anda pilih untuk melahirkan pada bulan Mei 2010, jadi proses ‘menanam benih’ kenalah buat 9-10 bulan sebelum bulan Mei 2010. Maksudnya, dalam bulan July 2009 korang kena berusaha sehabis baik untuk ‘tanam benih‘.
Mudah je caranya. Keberkesanan kalendar hampir 99% tepat. Ramai yang kata jangkaan jantina anak tepat mengikut kiraan kalendar cina ni. Tapi tu kalau tak salah kira la.
Ada jugak petua orang melayu, petua islam jugak. Tapi menjurus soal pemakanan and cara kita berjimak/bersetubuh ehem2 gitu. Untuk yang malas nak kisah soal pemakanan and cara berjimak tu boleh la try cara ni. Lebih senang. Tapi kalau jangkaan tak mengena janganlah dibuang baby tu. Anak apa pon semua amanat Tuhan. Jaga dan didik dia sebaik mungkin =)
Selamat mengira dan ‘tanam benih‘ untuk yang dah kahwin sahaja!





